Nom Nom Nom : Set Ayam Limau Berapi Texas Chicken

Sunday, 23 July 2017


Haritu lepas habis shopping barang dapur dekat Giant Star Avenue, ternampak poster Ayam Limau Berapi ni. Nampak macam best & onion ring dia pun macam sedap campur dapat free sampul raya. Walaupun raya dah hujung tapi sampul raya dia cantik okay. Boleh kata, nak beli set Limau Berapi sebab sampul raya cantik.

Image result for ayam berapi texas chicken

Image result for ayam berapi texas chicken

I ordered for one set Limau Berapi & Wrap Tex sebab selalu promote dekat adik Wrap Tex ni sedap lah besar lah puas lah makan bla bla bla sampai dia terliur nak makan. Bila dah habis bayar, tanya cashier tu mana sampul raya because that's the ultimate reason why we choose to eat at Texas. 

Dan dia dengan jayanya kata sampul raya dah habis. Mehhhhhhh kalau dah habis letak lah dekat poster tu sold out. Menghancurkan harapan betul diorang ni. Kecewa tu tak payah cakap tahap mana. Rabak!


Kecewa jugak bila tengok saiz Wrap Tex. Dah semakin berkurang saiz dia ye. Bila makan lagi lah hambar teruk. Kalau dulu kemain meriah dekat dalam macam pesta, sekarang hambar lah. 

Set Limau Berapi ni satu hal. Memang berapi, hati panas berapi. Onion ring dia tak sedap langsung. Ayam dia kalau korang nak makan set ni jangan makan kulit sebab masam kemain dia tabur semua rasa masam tu dekat kulit. Nak telan pun tak sanggup. Nasib lah isi ayam dia okay & memang pedas berapi. 

Lepasni dah malas rasanya nak jejak Texas Chicken sebab Wrap Tex dah terkorban. KFC wayyyyyyy better lah. Sorry Texas. 

3 comments

  1. Selalu lalu je dpn restoran TC ni tp xpernah nk singgah. Ada yg kata ayam dia sedap dari lg satu restoran tu. Betul ke?

    ReplyDelete
  2. Hmmm dia ikut citarasa orang sis. Ada yang kata TC better, ada yang lagi suka KFC. :)

    ReplyDelete
  3. akk tak pernah try TC ni.. depa dok panggil AYAM BINTANG.. sbb ada star kat logo depa.. hehee.. nak try tapi cik abg kita tak suka fastfood..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.