Shopping Dengan Lelaki

Thursday, 16 March 2017

Perempuan dengan shopping kalau dipisahkan jadi kayu. Kalau kau tak suka shopping pun kan, at least beli barang jugak khennnn. Don't ask how frequent I go shop till drop. Kadang tu sampai penuh kereta. Kadang sampai ngeri tengok diri sendiri. Zahabedah nokharom kena rasuk saka apa entah.

Tapi shopping ni best kalau pergi dengan geng perempuan. Kalau keluar dengan lelaki, ya tuhannn hambarnya elok kau pergi shopping sorang je lah.

Beli bawang kat pasar pun kau tak payah lah angkut lelaki unless u make it quick. Like 1 minute quick. Because they're such a bore.


1. Tukang angguk

'Baju ni cantik tak?'
*angguk*
'Kasut ni cantik tak?'
*angguk*
'Biskut ni sedap tak?'
*angguk*

Sampai ke sudah la angguk. Kalau tak angguk pun hmmm je bunyi keluar. Dah serupa dengan toys yang orang letak dekat kereta tu. Sebijik. Sama.

Kalau keluar dengan geng perempuan, bersepah la opinion kau dapat.

'Baju ni cantik tak?'
'Cantik je tapi tak kena la dengan badan kau. Try yang ni. Yang ni pun cantik jugak, kena pun kena dengan kau. Warna pun naik. Material dia lagi okay tau dengan yang ni bla bla bla bla sampai la puas hati.'

2. Main game

Bukan tak boleh nak main game tapi tu lah, bila kita tanya soalan serupa sembang dengan lantai. Mana kau dapat jawapan dah dia khusyuk main game. Tak pun, dia jawab tapi lepas dia dah habis main game. Tak pun dia jawab OK. Apa benda yang okay entah. T.T


3, Cacing kepanasan

Kita tak ajak dia pun keluar shopping sekali tapi dia gigih nak ikut sudahnya dia menggelupur tanya bila nak balik, bila nak habis, bila nak makan, bila nak pergi tempat lain bla bla bla. Kita nak shopping pun takde mood. Rasa nak balik masa tu jugak. Kalau shopping dengan geng perempuan sampai jam pun tertanggal dari tangan. 

Dah cukup lah 3, bebanyak pun buat apa. Masa berjalan. Hewhewhew. Kbai.

4 comments

  1. sy bukan jenia kaki shopping, tapi adalah juga beli something. cuma kalau hang out dengan kawan yang kaki shopping, otomatik jadi macam no 3.

    ReplyDelete
  2. cenggini lah, sudahnya kena lah bertabah hati ..
    bab OK tu memang selalu kena...

    ReplyDelete
  3. kalau kes elsa terbalik pulak sis hahaha. elsa tak suka sangat shopping tapi kawan lelaki elsa kemain dia punya shopping. elsa lah yang akan mengamuk bila nak balik lah laparlah hahaha

    ReplyDelete
  4. xminat sgt shopping tp kalau window shopping rajin sgt buat..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.