Jejak Pana : Bukit Sapu Tangan, Bukit Cerakah

Saturday, 4 March 2017

Dah berzaman simpan hajat nak naik Bukit Sapu Tangan dekat Taman Botani Shah Alam tu finally dapat jugak peluang pergi sana. Asalnya nak hiking dekat gunung yang ada 7 pelangi katanya tapi biasalah plan tu berubah. Last minute.

So, awal pagi dah gerak pergi Taman Botani tapi tak awal pagi sangat lah. Matahari dah terpacak baru terhegeh mak bedah pergi sana. Biasalah Ahad, siapa je yang tak nak tidur over sikit. Hewhewhew

Since last time pergi Bukit Cerakah tak bawak bekal, this time around beli bekal banyak sikit. Dalam pukul 9 sampai sana tapi masalahnya kawan dah start naik bukit dah. Kita baru terkedek pergi entrance gate beli tiket masuk. Hewhewhew

Dah beli tiket tak kosser nak rabat bukit aihh. Singgah kedai sat pi pekena teh tarik dulu makan nasi lemak dulu tunggu bas perangat enjin. Habis makan tunggu kejap dekat pick-up station tu tapi amboi lama betui aihhh bas nak mai. Sudahnya jalan kaki naik atas sana.


Before this dah jogging belah kampung warisan sana, so this time around ikut jalan yang dekat sikit and dapat la jumpa perkampungan idk what's that called. Its abandoned and eerie actually. Bila tengok tempat tu sayang gila kena biar je macam tu. Kalau kena jaga elok, confirm cantik.


Jalan2 dekat situ terjumpa papan tanda Terowong Misteri. We are so damn excited nak masuk dalam tu since nobody knows what's in there tapi bila baca papan tanda dia rasa seram pun anda. 'Misteri yang sukar ditafsirkan'

Jalan punya jalan, cari punya cari but disappointed big time sebab tak jumpa pun terowong tu. Maybe ada tapi tersembunyi dengan pokok2 dekat situ. again, its abandoned so kitorang patah balik je lah. Kitorang pun takde la berani sangat hahaha


Lepas dah puas ambil gambar sana sini, bergerak pergi ke Bukit Sapu Tangan. Dah tak jauh dah pun dari perkampungan tu. Lepas 15 minit, sampai la dekat sana. I mean, sampai dekat signboard Bukit Sapu Tangan. Nak mendaki tu fuhhhh nokharom challenging because the track quite steep.


 

Dengan nak bawak bekal & lemak naik atas, memang penat kemain. Tapi best sebab masuk hutan rasa chill chill je. Angin pun sedap je. Bila dah sampai dekat puncak, rupanya kena panjat menara tinjau. Abandoned building lagi.




Nak masuk tu kena extra careful sebab banyak tangga dah reput & berlubang. Ada yang goyang dah sebab bangunan tu dah lama. Probably my age :')

Nampak tak condition tangga dia cemana?

But all worth it sebab dapat tengok pemandangan cantik dekat atas tu. We can see the whole Shah Alam! And even Port Klang. Kot. Sebab nampak laut lepastu ada kapal kargo hahaha







Lepak dekat atas tu sampai 2 jam jugak lah bcs I fell asleep hewhewhew. Padahal dah set nak lepas atas tu sekejap je. Dalam pukul 1 jugak la kitorang turun lepastu solat kejap dekat surau dia then lepak kejap main archery. Nak naik kuda tapi dia pusing pun satu round je. Macam bosan je. 


Otw balik perasan ada satu tempat baru bukak. Rumah arnah dengan burung but its too costly to watch just rabbit and bird which are passive and they're not so friendly to be gomol by us. RM5 per entry. Sakit jantung terus. 


Anyway, dah settle dah impian nak naik Bukit Sapu Tangan. Broga tak lepas2 lagi. Padahal dulu belajar dekat KUIS belakang tu je pun Broga. Harap tercapai la impian yang satu ni. Hahahaha

p/s : Remember I said about meeting my friend up there? Ha'ah memang jumpa pun tapi 5 minit je sebab dia turun, Iolls baru naik. Lewlz. 

3 comments

  1. Uishhh apesal unik sangat nama Bukit Sapu Tangan. Penasaran pulak dengan history disebalik nama diberi heheheh

    ReplyDelete
  2. Tk pernah dgr pasal bukit ni. Tahu broga je hihi. Tapi bestkan dpt experienced cam ni

    ReplyDelete
  3. tak tahu pulak ada bukit sapu tangan. Unik namanya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.